Ramai yang menanti-nantikan drama “The Glory” kan?
Semestinya pembabitan Lee Do-hyun sebagai teraju utama drama “The Glory”, menjadi bualan peminat, ditambah pula dengan gandingannya dalam drama ini, iaitu bersama Song Hye-kyo.
Lee Do-hyun sebelum ini pernah berkongsi dalam satu sesi temu bual bahawa, dia amat meminati bola keranjang sejak di bangku sekolah lagi, namun dek kerana mengikuti nasihat ayahnya, dia berhenti melakukan sukan kegemarannya.Malah, ayahnya kemudiannya membelikan sebuah kamus elektronik untuk membantunya terus mempelajari bahasa Inggeris. Namun, dia tidak menggunakan kemudahan itu untuk belajar, malah dia memuat turun beberapa filem untuk ditonton. Do-hyun berkongsi bahawa dia sangat menggemari filem “Sunflower” dan dia terus menonton filem itu berulang kali.
Pada akhirnya, dia meminta kebenaran ibunya untuk mengizinkan dia menyertai akademi lakonan tanpa pengetahuan ayahnya. Sehingga dia betul-betul yakin, dia mengajak ayahnya ke Daehango Theater untuk melihat dia membuat persembahan dan berjaya memujuk hati ayahnya untuk meneruskan kerjaya dalam dunia lakonan.Pada ketika dia masih seorang pelajar, dia berjaya memegang watak sebagai Jang Deok-bae, iaitu watak utama dalam “Taxi Driver”. Bermula dari situ, dia menunjukkan bakat yang luar biasa dalam lakonan dan berhasil membawa watak dalam karya-karya hebat seperti, “Prison Playbook”, “Hotel Del Luna”, “18 Again”, “Sweet Home”, “Youth Of May” dan macam-macam lagi.Dek kerana usaha kerasnya juga, dia berjaya merangkul anugerah ‘Top Excellent Actor’ di majlis anugerah KBS Drama Awards.
Wah, tak sia-sia la kan muat turun filem dalam kamus elektronik?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.