Akaun Instagram Lee Do-hyun digodam? Siapa punya kerja pula ini….

Isu ini mula kecoh dalam kalangan peminat dan akhirnya perkara itu disahkan sendiri oleh agensi Lee Do-hyun, Yuehua Entertainment.
Pada pagi ini, kami telah mengesahkan bahawa akaunnya telah digodam oleh individu yang masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan. Individu tersebut menggodam masuk akaun Lee Do-hyun dan memadam kesemua muat naiknya.
Mereka menyambung,
Kami sudah meminta kepada ketua pegawai untuk mengambil tindakan keatas isu ini dengan serius dan mengembalikan semula akaun Lee Do-hyun. Kami tengah cuba sedaya upaya kami untuk membetulkan keadaan ini dan kami harap anda semua bersabar.
Ala… banyak gambar Lee Do-hyun dah tak ada….
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.