Lee Do-hyun akan tampil dalam drama terbaru lagi? Wah, makin banyak ek drama dia…
Baru-baru ini, Yuehua Entertainment berkongsi bersama media bahawa Lee Do-hyun kini dilapor sedang meneliti tawaran untuk berlakon dalam drama “Bad Mother”, sebagai teraju utama.
“Bad Mother” mengisahkan mengenai seorang ibu dan anak lelaki yang menghabiskan waktu hidup mereka dengan mencari rezeki. Anak lelakinya dipaksa menjadi pelacur, namun ingatannya hilang pada suatu hari akibat satu kemalangan.Jika Lee Do-hyun mengesahkan untuk tampil dalam drama ini, maka dia akan memegang watak anak lelaki tersebut. Malah, turut dikhabarkan bahawa watak ibu tersebut akan dilakonkan oleh Ra Mi-ran.
Jangkaan bagi drama ini sudah mula melonjak naik dek kerana peminat sudah mendengar ura-ura mengenai penglibatan Lee Do-hyun.
Korang teruja tak kalau Lee Do-hyun jadi teraju utama?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.