Ikuti Kami:

Debut Filem Pertama, Lee Dohyun Sah Terajui ‘Pamyo’

Debut Filem Pertama, Lee Dohyun Sah Terajui ‘Pamyo’

Pelakon lelaki popular K-Drama, Lee Do-hyun baru-baru ini disahkan akan debut buat pertama kali dalam filem terbaru. Yay!

Seperti yang dimaklumkan sumber, Lee Do-hyun akan tampil dalam satu filem triller yang akan datang “Pamyo” dan turut dikhabarkan bakal menjadi teraju utama dengan memegang watak sebagai ketua pengebumian. .

“Pamyo” yang mengisahkan perkara aneh yang berlaku kepada feng shui, ketua pengebumian, dan bomoh yang dibayar untuk memindahkan satu makam. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Jang Jae-hyun, yang sangat terkenal dengan hasil kerjanya dalam menghasilkan pelbagai filem triller misteri seperti “The Priests” dan “Svaha: The Sixth Finger”. lee dohyunSelain daripada Lee Do-hyun, pelakon veteran iaitu Choi Min-sik juga juga akan tampil sebagai teraju utama dalam filem tersebut. Dalam pada itu, Kim Go-eun juga dikhabarkan sedang meneliti tawaran untuk menerajui filem ini.

Sebelum ini, Lee Do-hyun juga dikhabarkan bakal bergandingan bersama Song Hye-kyo dalam “The Glory”. Jadi, jangkaan untuk Lee Do-hyun kian meningkat untuk terus memberikan hasil lakonan yang berkualiti dan persembahan yang memuaskan. lee dohyun“Pamyo” dijangka bakal menemui peminat pada tahun ini. Jadi, korang kena tunggu update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...