Song Hyekyo & Lee Dohyun Sah Terajui Drama Pembalasan Dendam ‘The Glory’ Di Netflix
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Drama terbaru telah disahkan akan menemui penonton dan khabarnya Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun bakal jadi teraju utama! Yay, drama baru!
Drama Netflix terbaru “The Glory” sememangnya menjadi bualan peminat K-Drama sekarang. Meletakkan Song Hye-kyo bersama Lee Do-hyun semestinya satu gandingan yang amat dinanti peminat.
Drama “The Glory” ini mengisahkan mengenai seorang wanita yang kehilangan jiwa dan keyakinannya sejak di bangku sekolah akibat dibuli. Dia malah turut menyimpan dendam untuk dibalas apabila dewasa. Pembulinya berkahwin dan mempunyai anak. Apabila anak pembuli sudah memasuki sekolah, dia menjadi guru di sekolah tersebut dan memulakan pembalasan dendamnya.
Song Hye-kyo akan memainkan watak Moon Dong-eun iaitu mangsa buli tersebut, manakala Lee Do-hyun akan memegang watak Joo Yo-jeong, seorang lelaki yang menyimpan rahsia dan masalah personaliti di sebalik wajah tampannya. Bagi watak pembuli Park Yeon-jin pula, akan dipegang oleh Lim Ji-yeon.
김은숙 작가와 안길호 감독 그리고 넷플릭스가 만납니다.
차가운 복수를 시작하는 #송혜교, 비밀스러운 사연을 지닌 #이도현, 비극의 소용돌이에 휘말린 #임지연, #염혜란, #박성훈, #정성일 이 뭉친 ‘더 글로리’, 오직 넷플릭스에서.#더글로리 #TheGlory #넷플릭스 #Netflix pic.twitter.com/wPIV0f51lA
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) July 22, 2022
Ramai lagi pelakon lain yang akan turut tampil, malah tarikh bagi tayangan drama tersebut masih belum dimaklumkan. Kita tunggu update seterusnya okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




