Ikuti Kami:

Song Hyekyo Tampil Elegan Di Acara ‘Chaumet’ Di Paris Dengan Aksesori Bernilai Lebih RM400 Juta

Song Hyekyo Tampil Elegan Di Acara ‘Chaumet’ Di Paris Dengan Aksesori Bernilai Lebih RM400 Juta

Song Hye-kyo sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang selebriti wanita paling cantik dan elegan di Korea Selatan.

Terbaru pada 3 Julai, Song Hye-kyo telah hadir ke acara ‘Chaumet’ iaitu jenama barang kemas mewah di Paris, sebagai duta untuk rantau Asia Pasifik.

Penampilan Song Hye-kyo dalam gaun hitam yang digayakan dengan aksesori ‘Chaumet’ bernilai lebih daripada RM400 juta, telah menarik perhatian netizen dengan kecantikannya yang memukau.

song hyekyo chaumet

Antara komen netizen selepas melihat foto Song Hye-kyo di acara ‘Chaumet’:

Dia adalah seorang dewi.

 

Dia nampak sangat elegan.

 

Selama bertahun-tahun saya mengenalinya, tidak pernah ada saat dia tidak cantik.

Dalam pada itu, laporan mengatakan bahawa pelakon itu secara peribadi dijemput untuk melihat sekeliling pameran oleh CEO syarikat, sebelum menghadiri acara sebenar.

Memang cantik sangat Song Hye-kyo ni tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...