Ikuti Kami:

Tampil Sisi Kelakar Ahli, Rancangan Hiburan SNSD ‘Soshi Tam Tam’ Raih Rating Tinggi Pada Episod Pertama

Tampil Sisi Kelakar Ahli, Rancangan Hiburan SNSD ‘Soshi Tam Tam’ Raih Rating Tinggi Pada Episod Pertama

Seronoknya dapat lihat GIRLS’ GENERATION akhirnya kembali bersama sebagai satu kumpulan!

Pada 5 Julai lepas, episod pertama rancangan hiburan solo GIRLS’ GENERATION ‘Soshi Tam Tam’ telah disiarkan. Melihat kumpulan itu meluangkan masa berkualiti bersama, sambil menghadiahkan gelak ketawa kepada peminat, dengan daya tarikan dinamik dan interaksi lucu mereka, program itu telah berjaya mencapai rating memuaskan pada episod pertamanya.

Menurut Nielsen Korea, episod pertama ‘Soshi Tam Tam’ telah mencapai rating penonton iaitu sebanyak 1.2%.

soshi tam tam

Khususnya, peminat dan netizen memuji kumpulan gadis itu dengan mengatakan bahawa mereka masih mempunyai ‘azimat ajaib’ dalam membawa ketawa kepada semua orang. Antara komen peminat selepas menonton episod pertama rancangan ini:

Ia benar-benar menyeronokkan.

 

Ada banyak kali rancangan hiburan idola mendapat kurang daripada 1% rating, jadi ini agak bagus.

 

Seperti yang dijangkakan daripada GIRLS’ GENERATION. Rancangan itu sangat bagus.

Dalam pada itu, ‘Soshi Tam Tam’ ialah sebuah program di mana GIRLS’ GENERATION akan ‘meneroka’ dunia hiburan yang berwarna-warni. Dari parti ulang tahun ke-15, kumpulan itu akan menikmati keseronokan kecil dalam perjalanan ke suatu tempat, sambil berkongsi kenangan bersama.

soshi tam tam

Lepas rindu dapat tengok mereka bersama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...