Ikuti Kami:

Tampil Seksi, Netizen Bincang Perubahan Fizikal & Wajah Park Minyoung

Tampil Seksi, Netizen Bincang Perubahan Fizikal & Wajah Park Minyoung

Sudah setahun lebih tidak berlakon, ramai yang ternanti-nanti pekembangan terbaru Park Min-young.

Terbaru, pelakon wanita itu telah menghadiri satu acara jenama kosmetik di Tokyo, Jepun di mana dia sempat menyertai satu temubual bagi berkongsi lebih mengenai kehidupannya kini.

Antara soalan yang ditanya ialah watak apa yang mahu dicubanya nanti,

Bila difikirkan saya terlalu banyak membawa watak romantik kerana saya banyak berlakon naskhah percintaan. Saya mahu berlakon watak cool tanpa kisah romantik selepas ini. Saya nak berlakon watak yang sedikit gila.

park minyoung

Penampilan seksi Park Min-young turut menjadi perhatian ketika acara ini apabila dia mengenakan gaun hitam yang terbelah panjang di bahagian bawah lantas menampakkan kaki yang kurus. Bukan itu sahaja, bahagian pinggangnya juga terbuka sekaligus terserlah pinggangnya yang ramping.

Nampak sedikit kurus dek dagu yang kian runcing, rata-rata peminat menebak bahawa wanita tersebut mungkin mengalamai masa yang sukar selepas terpalit dengan kes penipuan oleh bekas teman lelaki yang dikatakan terlibat dengan bisnes mata wang kripto.

Cantik Park Min-young!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...