Ikuti Kami:

Didakwa Terlibat Isu Seleweng Wang Bersama Bekas Kekasih, Park Minyoung Disoal Polis

Didakwa Terlibat Isu Seleweng Wang Bersama Bekas Kekasih, Park Minyoung Disoal Polis

Benar lah nasihat yang mengatakan bahawa wanita perlu mencari lelaki yang baik untuk kesejahteraan masing-masing.

Sepertinya Park Min-young tersilap memilih pasangan apabila namanya tiba-tiba terkait dengan jenayah melibatkan pertukaran mata wang kripto Bithumb di mana ianya dilakukan bekas kekasihnya, ahli perniagaan Kang Jong-hyun.

Khabarnya, Park Min-young telah dipanggil sebagai saksi baru-baru ini dek penglibatannya dengan kes itu termasuklah manipulasi saham dan penyelewengan wang yang dikatakan dilakukan oleh pemilik sebenar Bithumb iaitu lelaki tersebut.

park minyoung

Bukan itu sahaja, nama wanita itu turut digunakan dalam transaksi nama pinjaman bagi bon boleh tukar yang dikeluarkan oleh ahli gabungan Bithumb, malah ratusan unit keuntungan turut dicatatkan menerusinya.

Respon agensi pelakon wanita itu,

Kami masih mengesahkan mengenai laporan siasatan terhadap Park Min-young.

Laporan lain turut mendedahkan bahawa Park Min-young dihalang daripada meninggalkan negara buat masa ini bagi membantu siasatan berkenaan.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai hal ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...