Ikuti Kami:

Tampil Langsing & Mesra, Im Jiyeon Bawa Aura Berbeza Dari ‘The Glory’ Dalam Foto Baru

Tampil Langsing & Mesra, Im Jiyeon Bawa Aura Berbeza Dari ‘The Glory’ Dalam Foto Baru

Selepas muncul dalam “The Glory”, nama pelakon Im Ji-yeon semakin menjadi sebutan ramai kini.

Terbaru pada 14 Januari, agensi Im Ji-yeon iaitu Artist Company telah menyiarkan foto baru pelakon itu, bersama pelakon kanak-kanak Oh Ji-yul dari “The Glory”.

Dalam foto yang dikongsi itu, Im Ji-yeon berpegangan tangan dengan Oh Ji-yul yang memainkan watak sebagai Ha Ye-sol dalam “The Glory”, iaitu anak perempuan kepada wataknya, Park Yeon-jin.

Tampil dengan badannya yang langsing, Im Ji-yeon turut memaparkan senyuman yang manis, kontra dengan wataknya yang membuatkan penonton geram dalam “The Glory”.

Bagi yang belum tahu, Im Ji-yeon menghidupkan watak sebagai salah seorang pembuli dalam “The Glory”, yang membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Tambahan, bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada Mac 2023 nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...