Ikuti Kami:

“Saya Pun Takut” – Dipersoal Pada Awalnya, Watak Jahat Lim Jiyeon Dalam ‘The Glory’ Dipuji

“Saya Pun Takut” – Dipersoal Pada Awalnya, Watak Jahat Lim Jiyeon Dalam ‘The Glory’ Dipuji

Siapa yang sudah menonton “The Glory” pastinya akan kagum dengan lakonan Lim Ji-yeon sebagai Park Yeon-jin dalam drama berkenaan.

Selain lakonan Song Hye-kyo yang mengejutkan ramai, peranan Lim Ji-yeon turut menjadi tumpuan disebabkan transformasi lakonannya dari naskhah sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Lim Ji-yeon sering membawa watak protagonis dengan personaliti baik dan lembut namun, dalam “The Glory”, pelakon itu nampaknya ingin membuktikan dirinya sebagai pelakon yang serba boleh.

Sebelum ini, apabila Lim Ji-yeon diumumkan akan memegang watak antagonis dalam drama tersebut, ramai netizen terkejut dan mempersoalkan sebab pelakon wanita itu dipilih untuk memainkan watak Park Yeon-jin.

Dalam satu temu bual, penulis Kim Eun-sook turut mendedahkan bahawa dia mengambil risiko dengan memilih Lim Ji-yeon sambil menjelaskan,

Saya memutuskan untuk mengambil risiko apabila memilih dia sebagai antagonis walaupun terdapat kebimbangan yang dia mungkin akan menganggu proses penggambaran, kerana ini adalah kali pertama dia memainkan watak penjahat.

lim jiyeon the glory

Bagaimanapun sebaik sahaja selepas drama itu ditayangkan, netizen kagum dengan perubahan yang dibawa Lim Ji-yeon dan memuji bahawa lakonannya penuh ekspresi serta meninggalkan impak.

Antara pujian yang ditulis mengenai lakonan Lim Ji-yeon:

Dia berlakon dengan sangat baik sehingga saya sangat takut dengannya.

 

Saya rasa watak ini amat sesuai dengannya.

 

Saya sangat terkejut apabila menonton drama ini kerana saya fikir Lim Ji-yeon seorang yang tak reti berlakon tetapi dia sangat natural kali ini.

Geram betul la tengok muka dia dalam “The Glory”..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...