Nampaknya, pelakon Kim Seon-ho telah kembali menemui peminat melalui pelbagai projeknya.

Terbaru pada 10 hingga 15 Ogos, teater “Touching the Void” yang menampilkan Kim Seon-ho telah berlangsung.
Untuk pengetahuan, berdasarkan kisah sebenar Joe Simpson dan Simon Yates, “Touching the Void” mengisahkan tentang dua pendaki gunung British yang hampir mati semasa turun dari puncak Siula Grande di Andes, yang sebelum ini didokumentasikan dalam buku Joe Simpson “Touching the Void” dan adaptasi filem seterusnya. Kim Seon-ho akan berperan sebagai Joe Simpson.
https://twitter.com/seonho_record/status/1559153632137711616
Selain itu, ini juga merupakan penampilan pertama Kim Seon-ho di khayalak ramai selepas hampir 7 bulan menyepi, berikutan kontroversi skandal.
Tambahan, penonton yang hadir untuk melihat persembahan Kim Seon-ho di teater “Touching the Void” turut memuji pelakon itu, dan mengatakan bahawa dia telah melakukan yang terbaik selama 6 hari tersebut. Tulis penonton:
Syabas, Seon-ho. Awak melakukannya dengan hebat. Sekarang awak boleh berehat seperti yang anda patut dapatkan.
Kim Seon-ho sangat hebat atas pentas. Kami sayang awak.
Saya sangat sangat gembira melihat awak tersenyum seperti ini lagi.
Sukanya tengok Kim Seon-ho happy!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.