Penangan Kim Seonho, Tiket Tayangan ‘Touching The Void’ Habis Terjual
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Tiket “Touching The Void” habis dijual! Power betul penangan Kim Seon-ho!
Artikel Berkaitan
Ha mesti peminat-peminat Kim Seon-ho sudahpun menjangkakan hal macam ini kan? Sebelum ini, Kim Seon-ho merawat luka di hati peminat apabila dia dilihat menjalani pengambaran “Touching The Void” setelah sekian lama menghilang.
Terbaru, tiket tayangan “Touching The Void” dilaporkan telah habis dijual seminggu sebelum tarikh tayangannya. Dalam artikel sebelum ini, Kim Seon-ho dilihat agak sibuk dengan jadual penggambaran, latihan dan juga sesi fotografi di belakang tabir. Ianya jelas menunjukkan semangat Kim Seon-ho kini kembali berada di tahap kemuncak.
Bagi yang belum tahu, “Touching The Void” merupakan projek ketiga oleh ‘Teater Jeonjeon 9’ yang mana mengisahkan mengenai seorang pendaki yang terperangkap dalam aktiviti pergunungan dan taufan salju. Malah, turut dikhabarkan bahawa teater ini berpandukan daripada kisah sebenar.
Menarik kan? Sekali Kim Seon-ho buat comeback, terus buat teater tau! Mengikut laporan, tayangan teater “Touching The Void” ini akan diadakan di Daehak-ro Art One Theatre dan penampilan pertama Kim Seon-ho dijadualkan pada 9 Julai ini.
Terbaik la Kim Seon-ho! Semoga terus maju, chaiyok!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




