Ikuti Kami:

Tampil Elegan, Kehadiran BLACKPINK Di Jamuan Istana Buckingham Dipuji Raja Charles III

Tampil Elegan, Kehadiran BLACKPINK Di Jamuan Istana Buckingham Dipuji Raja Charles III

BLACKPINK telah hadir di jamuan yang diadakan di istana Buckingham.

Pada 21 November, kesemua ahli BLACKPINK telah hadir bersama presiden Korea di dalam jamuan negeri istana Buckingham yang telah dianjurkan oleh Raja Charles III.

Tampil hadir memakai gaun, daya tarikan kesemua ahli BLACKPINK berbeza dengan gaya yang selalu mereka bawakan. Malah, mereka juga telah memberikan suasana yang elegan dan glamor.

Keempat-empat ahli kumpulan itu juga muncul dalam keadaan yang santai, memandang satu sama lain dan tersenyum ketika berjalan menuju ke dewan jamuan di istana tersebut.

bp

Tidak ketinggalan, presiden Korea telah menyatakan di dalam ucapannya bahawa BLACKPINK merupakan salah satu kebanggaan di negara tersebut.

Katanya,

Kalau di Britain ada THE BEATLES, QUEEN, Harry Potter dan David Beckham, di Korea kami ada BLACKPINK, BTS dan Son Heung-min.

Malah, ucapan itu telah dibalas oleh Raja Charles III. Di mana dia telah memanggil nama kesemua ahli kumpulan tersebut sebelum berkata,

Saya memuji mereka kerana mereka telah menyampaikan mesej tentang kelestarian alam sekitar selepas mereka terlibat dengan COP26 (Council of Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change).

Kemunculan BLACKPINK di jamuan tersebut juga telah membuat peminat tertanya-tanya adakah mereka semua akan tetap bersama bernaung di bawah syarikat YG Entertainment atau tidak.

Nampak lain sangat kan bila BLACKPINK pakai macam ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...