Ikuti Kami:

Impak Lisa BLACKPINK, Hidangan ‘Nasi Bujang’ Alami Peningkatan Jualan Di Thailand

Impak Lisa BLACKPINK, Hidangan ‘Nasi Bujang’ Alami Peningkatan Jualan Di Thailand

Lisa sekali lagi telah membuktikan popularitinya.

Pada 16 November lalu, Lisa BLACKPINK telah berkongsi resepi makanan Thailand kegemarannya iaitu ‘Khai Jiao’ ataupun telur dadar versi Thailand, ketika ditemu bual oleh Spotify.

Berikutan dengan temubual tersebut, hidangan itu telah menjadi trend di laman media sosial Thai. Malah, akhbar berita Thai juga melaporkan bahawa hidangan tersebut telah mengalami peningkatan jualan.

lisa

Mereka berkata,

Menu telur dadar dan nasi itu telah laris dijual selepas Lisa berkongsi resepinya. Malah, kedai serta gerai yang menjual menu tersebut juga penuh dengan peminat.

Tidak berhenti disitu, seorang peniaga juga telah menyatakan bahawa Lisa telah menyebabkan jualan hariannya meningkat.

Katanya,

Sebelum ini saya hanya jual 6 butir telur sahaja sehari, dan saya kerja seorang diri. Tapi, lepas video Lisa tular, ramai orang datang gerai saya untuk makan hidangan tersebut sampai saya kena upah pekerja dan beli banyak bahan mentah.

Peniaga itu juga menyatakan bahawa dia amat bersyukur dengan ahli BLACKPINK tersebut dan menjemput Lisa untuk makan secara percuma di gerainya.

Wow! korang dah pernah rasa ke hidangan ‘Khai jiao’ ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...