Lisa BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah baru sebagai artis K-Pop wanita!

Baru-baru ini, lagu solo Lisa iaitu “MONEY” telah berjaya meraih 1 bilion penstriman, menjadikannya artis solo K-Pop wanita pertama yang mempunyai rekod sedemikian di laman Spotify.
Dalam episod ke-4 ‘The Billions Club’, wanita kelahiran Thailand itu telah menayang kepada peminat plak anugerah yang diterimanya, sekaligus memasak hidangan kegemarannya yang dipanggil ‘Khai Jiao’ dan pencuci mulut ‘Itim Khanom Pang’.
Menarik perhatian, ketika persiapan memasak ‘Khai Jiao’ iaitu hidangan telur dadar yang dicampur dengan udang, Lisa turut berkongsi bahawa dia menggunakan kicap perasa jenama Maggi.
Kongsi Lisa,
Ini dipanggil Maggi. Setiap orang di Thailand pasti akan mempunyai ini, ianya terbaik.
Selepas klip itu tersebar, peminat di pelbagai negara Asia rata-rata teruja kerana kebanyakan daripada kita juga turut menggunakan kicap yang sama dalam masakan.
Akhirnya, ada persamaan dengan Lisa!