Bukan sahaja kerana bakat lakonan namun penampilan Seo Ye-ji juga sentiasa diperhatikan oleh ramai peminat di luar sana.
Pernah tular kerana susuk pinggangnya yang ramping dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay” pada 2020, topik itu sekali lagi menjadi bualan penonton selepas menonton episod terbaru “Eve”.
Membawa watak Lee Ra-el iaitu seorang pewaris kaya yang ingin membalas dendam, sudah tentu Seo Ye-ji perlu menggayakan pelbagai pakaian sofistikated dan elegan bagi menjayakan watak berkenaan.
Dalam episod kelmarin, pakaian Seo Ye-ji ketika berhadapan dengan Han So-ra (Yoo Sun) dan menari santai telah disebut semua. Dengan mengenakan jaket pendek di luar baju slim fit dengan skirt tutu yang kembang namun mencekak kemas pinggang wanita itu, semakin jelas kelihatan susuk badannya yang ramping.
Sebelum ini, Seo Ye-ji pernah mengakui bahawa pinggangnya itu hanya 22 inci sahaja apabila diukur. Malah wanita itu turut digelar sebagai ‘kerengga’ kerana susuk tubuh yang ramping dan merupakan ‘body goals’ ramai wanita di luar sana.
Keciknya pinggang Seo Ye-ji!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.