Ikuti Kami:

“Saya Berasa Terbeban” – Respons Seo Yeji Bila Pinggang Kerengga 22 Inci Jadi Perhatian

“Saya Berasa Terbeban” – Respons Seo Yeji Bila Pinggang Kerengga 22 Inci Jadi Perhatian

Seo Ye-ji yang menerima perhatian ramai menerusi drama “It’s Okay To Not Be Okay” kerana lakonan mantapnya, kini membuatkan hati penonton berdegup kencang selepas tampil dengan penampilan yang memukau dalam episod terbaru ini.

Dengan menyarung blaus pendek berwarna pink serta skirt labuh yang mencekak pinggang, penonton nyata kagum dengan badan pelakon wanita itu yang ramping dan kurus. Pun begitu, ada pelakon yang merasa segan sekiranya penonton memberi fokus kepada perkara lain mengenai mereka berbanding dengan mutu lakonan.

pinggang seo yeji

Sepertinya perkara ini turut dialami oleh Seo Ye-ji menurut agensi naungannya iaitu Gold Medalist.

Artis kami sepertinya berasa terbeban dengan keadaan ini.

Dengan badannya yang tinggi lampai dan rampai, dihiasi pula dengan wajah yang kecil dan kening tebal serta suara yang dalam, sudah pasti ramai yang terpersona melihat kecantikan wanita ini. Menurut profil rasmi, Seo Ye-ji difahamkan berdiri pada ketinggian 169cm dan beratnya pula ialah 43kg. Dikhabarkan juga bahawa ukur lilitnya pinggangnya itu ialah 22 inci.

pinggang seo yeji

Menurut temu bual yang pernah dilakukan dahulu, pelakon ini menyatakan bahawa dia tidak mempunyai rutin penjagaan badan yang spesifik selain mendedahkan bahawa dia pernah belajar menari ballet sekejap.

Saya tak pernah diet ataupun berlapar. Yang saya mahukan adalah badan yang kuat daripada senaman yang sistematik. Badan saya hanyalah ramping dan kering tanpa mempunyai isi.

Kesemua ahli keluarga saya adalah tinggi dan kurus, jadi saya rasa ia adalah genetik keluarga.

Rasanya tahun 2020 ini adalah tahun buat Seo Ye-ji bersinar dengan lebih terang lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...