Ikuti Kami:

“Kesemua Organnya Muat Dalam Tu?” – Pinggang Kerengga Seo Yeji Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Tular

“Kesemua Organnya Muat Dalam Tu?” – Pinggang Kerengga Seo Yeji Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Tular

“It’s Okay To Not Be Okay” kini merupakan antara drama yang mendapat tempat di hati penonton dek keunikan plotnya.

Antara salah seorang pelakon yang berjaya mendapat perhatian ramai ialah Seo Ye-ji yang membawa watak Ko Mun-yeong. Lakonan memukaunya sebagai seseorang yang memiliki masalah anti-sosial nyata meninggalkan impak yang mantap buat karakter tersebut.

Malah, wajah pelakon wanita yang berusia 30 tahun ini yang sangat rupawan membuatkan lagi ramai yang mula terpaut dengannya. Bahkan dalam episod terbaru ini, penampilannya dalam pakaian serba pink dengan blaus pendek dan skirt labuh mencekak pinggang membuatkan Seo Ye-ji nampak lebih cantik dan feminin.

pinggang seo yeji

Penampilannya itu nyata mendapat perhatian ramai dek skirt yang ketat pada bahagian pinggangnya sekaligus menampakkan pinggangnya yang ramping an kecil seperti kerengga.

Walaupun babak tersebut agak serius di mana Ko Mun-yeong mengamuk kerana terdapat seorang pesakit di hospital psikiatri tersebut asyik membahasakan dirinya sebagai ibunya sehingga membuatkan dia kembali teringatkan trauma lama tetapi penonton nampaknya tidak mampu fokus dek penampilannya itu.

pinggang seo yeji

Selepas episod kelmarin tamat tayangan, rata-rata penonton telah meninggalkan komen bahawa mereka terkejut melihat pinggang Seo Ye-ji yang ramping. Malahan ramai wanita meluahkan rasa cemburu mereka melihatkan tubuh badan pelakon itu yang menawan.

Kesemua organnya muat di dalam itu…? Tak mungkin…

 

Pinggangnya nampak seperti 18 inci..

 

Saya tak pernah perasan sebelum ini tetapi dia sangatlah cantik dalam drama ini.. bahkan miliki tubuh badan yang menawan juga.

 

Cemburunya. Awak hanya akan dapat badan seperti sekiranya awak lahir dengannya. Sebanyak mana pun senaman yang awak lakukan, susah untuk miliki badan seperti itu. Tangan dan kakinya juga panjang tetapi tubuh badannya adalah glamor ditambah pula dengan leher yang panjang.. dia adalah sempurna.

 

Saya pernah baca sebelum ini di mana Seo Ye-ji ada beritahu bahawa tubuh badannya seperti itu disebabkan oleh genetik. Rupanya ahli keluarga dia semuanya kurus seperti itu.

 

Tak sangka semua orang mempunyai pemikiran yang sama. Serius terkejut apabila melihat pinggangnya yang kecil.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...