Ikuti Kami:

Tampil Dengan Rambut Pendek, Penampilan Baru Han Hyojoo Jadi Perhatian Kini

Tampil Dengan Rambut Pendek, Penampilan Baru Han Hyojoo Jadi Perhatian Kini

Han Hyo-joo memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon Korea yang paling menawan.

Baru-baru ini, Han Hyo-joo telah berkongsi beberapa foto di laman Instagram miliknya, di mana dia mempromosikan jenama barang kemas ‘Tiffany & Co.’.

Apa yang menarik perhatian, pelakon itu dilihat menggayakan rambut pendek, menampilkan kecantikan awet muda yang mengingatkan netizen kembali ketika usianya awal 20-an.

Untuk pengetahuan, sudah hampir 10 tahun sejak Han Hyo-joo dilihat dengan rambut pendek, sejak dia membintangi filem “Cold Eyes” pada 2013.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanhyojoo (@hanhyojoo222)

Selepas melihat perubahan baru Han Hyo-joo, ramai peminat mula tertanya-tanya sebab pelakon itu memotong rambutnya. Ada yang menebak bahawa dia ingin mencuba gaya baru dan ada juga yang meneka bahawa dia akan tampil dengan imej berlainan dalam naskhah baru.

Antara komen yang ditulis netizen:

Dia sangat cantik walaupun berambut pendek.

 

Rambut pendek sangat sesuai dengannya.

 

Adakah Han Hyo-joo sedang melakukan penggambaran drama baru?

Nampak makin muda kan Han Hyo-joo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...