Selain muncul dalam drama atau filem, penampilan pelakon di acara besar seperti majlis anugerah pastinya akan mendapat perhatian.
Terbaru pada 15 November, Anugerah Grand Bell ke-59 telah berlangsung dan ramai pelakon tampil menawan di karpet merah.
Begitu juga dengan pelakon Kim Seo-hyung yang turut hadir dengan gaun hitam, menarik perhatian dengan penampilan seksi dan anggunnya, tambahan pula sudah berusia 50 tahun kini.
Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsi, wanita itu memakain gaun Jovani yang dijual pada harga hampir RM3,000, menampakkan lekuk badannya, membuatkan ramai yang terpegun melihat kecantikannya.
Sementara itu, Kim Seo-hyung juga telah berjaya membawa pulang anugerah untuk ‘Pelakon Wanita Terbaik’ bagi wataknya dalam filem “Green House”.
Memang cantik sangat!