Lisa BLACKPINK telah membuktikan dirinya sebagai seorang penari yang serba boleh!
Pada 28 hingga 30 September yang lalu, Lisa telah membuat persembahan kabaret untuk lima pertunjukan istimewa, di Crazy Horse Paris.
Bagaimanapun, terdapat polisi larangan untuk merakam di acara tersebut dan ia hanya boleh ditonton oleh mereka yang membeli tiket untuk melihat persembahan wanita itu.
Namun pada 5 Oktober, Lisa telah berkongsi beberapa foto dari hari yang bermakna buatnya itu dan mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang menawan serta menggoda.
View this post on Instagram
Komen netizen Korea menerusi laman komuniti dalam talian,
Wah, foto terakhir..
Saya rasa foto ini adalah keterlaluan untuk didedahkan secara langsung kepada peminat muda.
Saya bukan peminat BLACKPINK tapi Lisa memang menggoda!
Dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu tapi dia harus menghapuskan gelarannya sebagai idola K-Pop.
Saya rasa dia benar-benar bangga.
Seksinya Lisa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.