Roh Yoon-seo dikatakan bakal menjadi wajah baru dalam drama “All of Us Are Dead 2”.
Menurut laporan media pada 31 Januari, Roh Yoon-seo telah dilapor akan muncul dalam musim kedua siri asal Netflix, “All of Us Are Dead”.
Namun, agensi pelakon tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa pihak mereka masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.
Drama ini mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang terperangkap di sekolah mereka selepas virus zombi tersebar di kawasan tersebut.
Pertama kali ditayangkan pada tahun 2022, drama “All of Us Are Dead” telah menjadi drama Korea kedua yang paling banyak ditonton di Netflix selepas “Squid Game”.
Disebabkan kejayaan yang diraih oleh musim pertama, Netflix telah mengumumkan produksi bagi musim kedua dan Roh Yoon-seo akan menyertai drama tersebut sebagai watak wanita utama baharu.
Dalam masa yang sama, Roh Yoon-seo juga turut dijadualkan untuk mempromosikan siri terbaru Netflix iaitu “In The Woods With No One” serta filem “Hear Me”.
Mesti lagi best kan bila ada Roh Yoon-seo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.