Ikuti Kami:

Bakal Kembali, ‘Squid Game’ Musim Ke-2 Dijadualkan Tayang Tak Lama Lagi

Bakal Kembali, ‘Squid Game’ Musim Ke-2 Dijadualkan Tayang Tak Lama Lagi

Menurut laporan media, Netflix telah mengumumkan bahawa “Squid Game” musim kedua telah dijadualkan untuk tayang pada tahun 2024.

Di dalam laporan tersebut, Netflix berkata,

Kami telah merancang pelbagai perkara buat tahun 2024 dan antaranya ialah kemunculan semula musim kedua bagi ‘Squid Game’ bersama dengan musim ketiga ‘Bridgerton’.

Terlebih dahulu, “Squid Game” telah ditayangkan pada tahun 2021 sekaligus mencipta rekod baru selepas berjaya mencapai sebanyak 1.65 bilion tontonan dalam masa hanya empat minggu pertama tayangan.

squid game 2 (2)

Di dalam musim kedua bagi drama ini, Lee Byung-hyun akan kembali sebagai ‘Front Man’ dan Wi Ha-joon, Hwang Jun-ho serta Gong Yoo juga turut bakal membuat kemunculan semula mereka.

Tidak berhenti di situ, musim kedua ini juga akan menampilkan barisan pelakon baru dan antara pelakon yang terlibat ialah Im Si-wan, Kang Ha-neul, Choi Seung-hyun, Park Sung-hoon dan ramai lagi.

Drama yang paling dinanti ramai ini telah dijadualkan untuk tayang pada penghujung tahun 2024.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...