Pihak produksi telah memberikan perkembangan terbaru bagi siri yang paling dinanti ramai iaitu “Squid Game 2”.
Pada 7 Disember, pasukan produksi “Squid Game 2” telah mendedahkan set penggambaran drama itu pada pihak media.
Terlebih dahulu, “Squid Game” telah merekodkan 1.65 bilion jam tontonan dalam tempoh empat minggu sejak ia dikeluarkan di Netflix pada 2021. Malah, siri ini juga masih lagi kekal sebagai siri yang paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.
Disebebkan kejayaan itu, rata-rata penonton memberikan perhatian dan jangkaan yang tinggi terhadap musim kedua bagi siri tersebut.
Pengarah siri tersebut berkata,
Dengan sokongan ramai, penggambaran musim kedua telah dijalankan sejak Julai lalu dan kami akan cuba untuk membalas sokongan anda dengan hasil yang baik sepanjang anda semua menunggu.
Tambahnya,
Nantikan cerita dan mesej yang lebih mendalam dan mendebarkan bagi musim kedua ini. Malah, kami juga menyediakan permainan serta watak-watak baharu. Jadi anda semua boleh nantikannya.
Musim kedua ini akan menggabungkan beberapa watak utama pada musim pertama, iaitu Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Wi Ha-joon dan Gong Yoo bersama dengan barisan pelakon baru, Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Choi Seung-hyun (T.O.P BIGBANG) dan ramai lagi.
Penggambaran bagi “Squid Game 2” ini dijadualkan akan siap pada tahun hadapan.
Korang rasa permainan apa yang mereka akan main?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.