Ikuti Kami:

Tamat Perkhidmatan Ketenteraan, Kang Taeoh Dapat Tawaran Terajui Drama Romantik Komedi Baru

Tamat Perkhidmatan Ketenteraan, Kang Taeoh Dapat Tawaran Terajui Drama Romantik Komedi Baru

Kang Tae-oh dilapor sedang bersiap sedia untuk projek pertamanya selepas menamatkan perkhidmatan tentera.

Pada 18 Mac, media melaporkan bahawa Kang Tae-oh telah ditawarkan untuk membintangi drama “Potato Research Institute”. Di mana, sejurus selepas ianya dilaporkan, agensi pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka.

Kata mereka,

Kang Tae-oh masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang telah diberikan.

Terlebih dahulu, “Potato Research Institute” merupakan drama romantik komedi yang berlatarbelakangkan sebuah institut penyelidikan kentang di luar bandar.

Kang Tae-oh dikatakan bakal memegang watak utama sebagai seorang pengarah baru yang bernama So Baek-ho. Manakala, pelakon Lee Sun-bin bakal memegang watak sebagai pekerja institut tersebut.

kang-tae-oh

Jika disahkan, drama ini akan menjadi projek kemunculan semula Kang Tae-oh yang ditunggu-tunggu selepas dia menamatkan latihan ketenteraannya.

Selain itu, selepas memasuki perkhidmatan ketenteraan pada 20 September 2022, Kang Tae-oh telah menamatkan perkhidmatannya pada 19 Mac 2024.

Selamat kembali Kang Tae-oh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...