Ikuti Kami:

Pelakon Termahal Di Korea, Kim Soohyun Dilapor Terima Bayaran Lebih RM30 Juta Untuk Setiap Episod ‘Queen Of Tears’?

Pelakon Termahal Di Korea, Kim Soohyun Dilapor Terima Bayaran Lebih RM30 Juta Untuk Setiap Episod ‘Queen Of Tears’?

Kim Soo-hyun dilaporkan menerima bayaran sebanyak RM32 juta untuk setiap episod dalam “Queen Of Tears”.

Menurut laporan media, “Queen Of Tears” merupakan salah satu drama Korea yang memakan bajet yang banyak iaitu sebanyak 40 bilion won ataupun RM141 juta.

Di mana, mereka turut mendedahkan bahawa bayaran yang diterima oleh Kim Soo-hyun di dalam drama ini adalah sebanyak RM32 juta, iaitu 18 kali ganda lebih banyak berbanding bayarannya dalam “One Ordinary Day”.

Terlebih dahulu, ketika pelakon itu membintangi “One Ordinary Day”, media turut melaporkan bahawa Kim Soo-hyun telah mendapat bayaran sebanyak RM1.7 juta setiap episod. Namun begitu, agensi pelakon tersebut enggan untuk membuat sebarang kenyataan berhubung dengan butiran kontrak pelakon itu dengan pasukan produksi.

kim-soo-hyun-salary

Sementara itu, agensi pelakon itu kini masih lagi belum mengeluarkan sebarang respon mengenai berita tentang bayaran Kim Soo-hyun dalam drama “Queen Of Tears”.

Masyuk la Kim Soo-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...