Ikuti Kami:

Tamat Kini, ‘Kokdu: Season Of Deity’ Catat Rating Terendah Bagi Slot Hujung Minggu MBC

Tamat Kini, ‘Kokdu: Season Of Deity’ Catat Rating Terendah Bagi Slot Hujung Minggu MBC

Meskioun bermula dengan harapan, namun “Kokdu: Season Of Deity” tidak mampu melawan kesukaran untuk menarik perhatian menonton.

Menurut Nielsen Korea, drama ini yang meraih rating tertinggi pada episod pertamanya dengan catatan 4.8% menyaksikan penurunan ke 2.2% semasa episod keduanya. Bahkan ia hanya meraih rating 1.9% ketika tayangan episod ke-6 dan berterusan mencatatkan rating dalam lingkungan angka itu hingga ke akhirnya.

Disebabkan itu, ia merupakan rating terendah yang dicatatkan buat slot tayangan Jumaat-Sabtu di MBC sejak tahun 2021.

mbc kokdu: season of deity

Dalam episod akhir ini, Han Gye-jeol dan Kokdu kembali bersatu di tempat terakhir mereka berpisah selepas segala sumpahan diangkat. Walaupun 5 tahun tidak berjumpa, namun cinta antara keduanya kekal berbunga lantas mereka berjanji tidak akan berpaling lagi dari satu sama lain.

Biarpun membawa tema yang mempunyai tersendiri iaitu fantasi, tetapi “Kokdu: Season Of Deity” tidak terlepas daripada kemahuan penonton yang menginginkan plot serta perkembangan cerita yang berkualiti. Walau bagaimanapun, lakonan Kim Jung-hyun menerima pujian penonton meskipun lelaki itu berehat lama selepas membintangi “Mr. Queen” dek kontroversi dia dikawal bekas kekasih, Seo Ye-ji suatu ketika dahulu.

mbc kokdu: season of deity

Untuk pengetahuan, drama MBC ini membawa kisah malaikat maut yang terpaksa meluangkan masa selama 49 hari di dunia.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...