Utama Drama Korea “Kenapa Dia Di Situ?” – Yoo Jaesuk Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Kokdu:...

“Kenapa Dia Di Situ?” – Yoo Jaesuk Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Kokdu: Season Of Deity’

yoo jaesuk kokdu

Buat ramai yang merindui Yoo Jae-suk sebagai pelakon, ada kejutan istimewa buat korang~

Menerusi klip yang diriliskan di MBC, dapat dilihat Yoo Jae-suk bersama Jung Joon-ha dan Lee Mi-joo dari “How Do You Play” telah muncul buat seketika dalam “Kokdu: Season Of Deity”.

Dalam babak itu Han Gye-jeol (Im Soo-hyang) melawat rumah tradisional pakar pembuat pes cili. Semasa sampai ke sana, wanita itu telah menanyakan mengenai keberadaan pakar itu pada kakitangan di sana di mana mereka ialah ketiga-tiga personaliti televisyen tersebut.

mbc kokdu: season of deity

Walaupun hanya muncul seketika, namun Yoo Jae-suk meninggalkan impak bagi babak itu sekaligus menambahkan keseronokan ketika tayangan.

Comel je semua!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...