Utama Rancangan Hiburan Meski Yoo Jaesuk & Jeon Somin Jadi Hos, Rating ‘Skip’ Kekal 1%

Meski Yoo Jaesuk & Jeon Somin Jadi Hos, Rating ‘Skip’ Kekal 1%

tvn skip

Ada ke yang dah menonton rancangan dating “Skip” di tvN?

Sudah pun menayangkan 6 episod, rancangan yang dikelola Yoo Jae-suk, Jeon So-min dan Nucksal itu sepertinya gagal untuk menerima respon baik daripada penonton.

Walaupun program realiti mengenai hubungan cinta sedang popular di Korea namun rancangan baru ini gagal menempatkan diri di tempat tinggi dalam kategori tersebut.

tvn skip

Sejak dari awal tayangan, rating “Skip” hanya mampu berlegar-legar di dalam lingkungan 1% sahaja. Malah dua episod terbarunya mencatatkan rating terendah sepanjang tayangan iaitu 1.1%.

Untuk pengetahuan, “Skip” ialah rancangan realiti temu janji yang mengikuti 4 lelaki dan 4 wanita di mana mereka berkumpul di satu tempat, untuk mencari pasangan mereka di bawah konsep ‘One-day 4:4 Blind Date’.

Hmmm.. kenapa agaknya?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNielsen Korea
Loading...