Ikuti Kami:

Tamat Kini, Kenapa ‘The Heavenly Idol’ Hanya Raih Rating 1% Sahaja Sepanjang Tayangan?

Tamat Kini, Kenapa ‘The Heavenly Idol’ Hanya Raih Rating 1% Sahaja Sepanjang Tayangan?

Sedar tak sedar, drama “The Heavenly Idol” sudah pun menamatkan siaran pada malam semalam.

Bermula baik dengan rating 3% semasa episod pertama, namun drama tvN ini tidak mampu mengekalkan momentum apabila jatuh ke rating dalam lingkungan 1% selepas 2 episod tayangan sahaja. Malah angka itu terus dicapai hingga ke penamat dengan catatan 1.5% untuk episod terakhir.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir ini, Kim Dal (Go Bo-gyeol) mengorbankan memorinya supaya dapat menyelamatkan Rembrary (Kim Min-gyu). Disebabkan itu, paderi itu mampu menghumban Redrin (Cha Joo-young) di dalam neraka sebelum kembali ke dunia sebagai Woo Yeon-woo (Kim Min-gyu) dan menghapuskan ilmu hitam yang berleluasa di dunia realiti. Walaupun tiada ingatan sedikit pun mengenai Rembrary namun Woo Yeon-woo dan Kim Dal akhirnya bertemu dan sepertinya bakal meneruskan hubungan cinta mereka.

tvn the heavenly idol

Walaupun mempunyai jangkaan tinggi kerana diadaptasi daripada manga popular namun penonton dilihat hampa selepas menyaksikan keseluruhan siri ini. Katanya, suntingan efek grafik dan efek bunyi yang kelihatan caca marba merupakan antara sebab ramai yang kecewa dengan penghasilan drama “The Heavenly Idol”.

Bukan itu sahaja, ramai yang menyatakan bahawa plotnya hanya mampu diselematkan dek lakonan hebat yang ditonjolkan oleh pelakon sampingan iaitu Tak Jae-hoon, Ye Ji-won, Lee Jang-woo dan lain-lain. Malah penonton turut memuji Kim Min-gyu yang memberi percubaan baik buat watak utamanya yang pertama.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...