Ikuti Kami:

Kisah Paderi Jadi Idola, Episod Awal ‘The Heavenly Idol’ Raih Rating Biasa

Kisah Paderi Jadi Idola, Episod Awal ‘The Heavenly Idol’ Raih Rating Biasa

Asyik drama yang bikin stress sahaja, mestilah ramai yang mahu ketenangan kan? Khas buat anda, drama komedi “The Heavenly Idol” akhirnya bersiaran kini.

Sinopsis

Ianya diadaptasi dari webtoon popular yang mengisahkan tentang Ketua Paderi yang dilakonkan oleh Kim Min-gyu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya berada dalam tubuh bintang idola yang tidak dikenali iaitu Woo Yeon-woo, ahli kumpulan Wild Animal.

Paderi ke idola

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila paderi Pontifex Rembrary yang ikut bertempur dengan iblis hilang kesedaran dan tiba-tiba bangun di dunia nyata sebagai seorang idola kurang dikenali bernama Woo Yeon-woo (Kim Min-gyu) dari kumpualn Wild Animal.

tvn the heavenly idol

Walaupun nampak normal namun tindak-tanduk lelaki itu yang pelik mendapat perhatian setianya iaitu Kim Dal (Go Bo-gyeol). Malah wanita itu bermatian ingin mengetahui kenapa Woo Yeon-woo yang ‘cool’ dahulu tiba-tiba berubah pelik, sepertinya ada menyimpan rahsia besar.

Rating biasa

Untuk tayangan pembukaan ini, “The Heavenly Idol” meraih rating sebanyak 3.1% sebelum menurun ke 2% ketika episod seterusnya.

Menurut komen penonton, rata-ratanya menyukai plot ringan yang dipaparkan drama tvN ini selain turut memuji lakonan Kim Min-gyu dan Go Bo-gyeol yang pertama kali menjadi teraju utama untuk drama bersiri.

Korang dah layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...