Ikuti Kami:

“Takutnya” – Netizen Kagum Lihat Klip Yoo Insoo Berlatih Jadi Zombi Dalam ‘All Of Us Are Dead’

“Takutnya” – Netizen Kagum Lihat Klip Yoo Insoo Berlatih Jadi Zombi Dalam ‘All Of Us Are Dead’

Sudah pun 10 hari ditayangkan, namun “All Of Us Are Dead” terus mendapat sambutan hebat daripada umum.

Antara sebab siri zombi ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana plotnya yang mendebarkan namun kehebatan lakonan yang ditonjolkan oleh setiap daripada pelakonnya.

Jelas pengarah Lee Jae-kyu, kesemua pelakon berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menampilkan zombi yang realistik. Namun persembahan lakonan yang hebat daripada Yoo In-soo yang berlakon sebagai Yoon Gwi-nam nyata membuatkan semua memberikan tepukan gemuruh.

yoo insu all of us are dead

Lihat sahaja latihan lakonan sebagai zombi yang dimuat naik oleh lelaki itu menerusi Instagram miliknya, memang mengagumkan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 유인수 (@k.a_innsoo)

Peminat nyata terkesima melihat Yoo In-soo dengan mudah ‘melentokkan sendinya’ bagi menonjolkan pergerakan ala zombi yang ‘real’.

Tak dinafikan lelaki itu membawa watak yang menjengkelkan, tambahan pula kejahatannya yang berterusan daripada manusia biasa ke zombi yang kuat. Wataknya nyata dibenci namun penonton tidak mampu menyangkal bahawa pelakon berusia 24 tahun itu berjaya menghidupkan watak Yoon Gwi-nam.

Memang dahsyat kan lakonan Yoo In-soo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...