Ikuti Kami:

Pecah Rekod ‘Squid Game’, ‘All Of Us Are Dead’ Catat 125 Juta Jam Tontonan Dalam 3 Hari

Pecah Rekod ‘Squid Game’, ‘All Of Us Are Dead’ Catat 125 Juta Jam Tontonan Dalam 3 Hari

Masih lagi demam “All Of Us Are Dead”? Nampaknya siri Netflix itu masih lagi tidak berhenti mencipta rekod kini.

Menurut perkiraan dari 24 Januari ke 30 Januari, siri zombi itu yang diriliskan pada 28 Januari berjaya merekodkan sebanyak 124.79 juta jam tontonan. Ini ialah dua kali ganda rekod yang dicatatkan oleh “Squid Game” selepas tiga hari tayangannya iaitu 63.19 juta jam tontonan.

Walaubagaimanapun, jumlah episod yang berbeza iaitu 8 bahagian buat “Squid Game” dan 12 bahagian buat “All Of Us Are Dead” mungkin membawa kumulatif jam tontonan yang berbeza buat kedua drama itu.

netflix all of us are dead

Dalam pada itu, “All Of Us Are Dead” kekal di tangga pertama selama 6 hari di ranking global Netflix kini dan No 1 di 59 negara pada hari ini. Antaranya ialah Australia, Austria, Kanada, Brazil, Denmark, Mesir, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Taiwan, Thailand, dan Turki.

Untuk pengetahuan, “All Of Us Are Dead” diadaptasi daripada webtoon popular dan membawa kisah di sekumpulan pelajar terperangkap di sebuah sekolah yang dijangkiti virus zombi sehingga mereka perlu membuat keputusan ekstrem untuk meloloskan diri.

Korang dah habis tonton belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...