Shin Ye-eun memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon yang serba boleh dalam memainkan pelbagai watak.
Terbaru selepas “Revenge of Others”, Shin Ye-eun telah menemui penonton menerusi siri Netflix “The Glory”, sebagai watak Park Yeon-jin (Lim Ji-yeon) ketika muda.
Khususnya, ramai penonton memuji lakonan Shin Ye-eun sebagai seorang yang membuli Moon Dong-eun (Song Hye-kyo), di mana dia melakukan keganasan dan menggunakan bahasa kesat, serta ekspresinya yang membuatkan penonton meremang.
Berbeza dengan watak yang dibawanya sebelum ini dalam drama seperti “A-Teen”, “More Than Friends” dan “Welcome”, Shin Ye-eun telah berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon yang berbakat dan serba boleh.
https://twitter.com/kdramatreasure/status/1609003739880525825?s=20&t=eDEl2HhCo5EFW4eGjsnf4A
Antara pujian penonton mengenai lakonan Shin Ye-eun dalam “The Glory”:
Saya sangat takut tengok ekspresi dan matanya dalam drama ini.
Ramai yang membenci wataknya, itu bermakna Shin Ye-eun telah berlakon dengan baik!
Shin Ye-eun perlu lebih kerap memainkan watak seperti ini. Dia sangat hebat!
Dalam pada itu, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.