Sekian lama menanti, akhirnya “The Glory” sudah pun menjengah di Netflix bermula 30 Disember lalu.
Bersama KimchiDaily, kita menyingkap pelbagai kisah menarik yang dikongsikan oleh para pelakon utama, pengarah dan penulis siri ini menerusi sebuah sidang media rasmi.
Jom!

Kredit foto: Netflix
Hukuman buat pembuli
Siri 16 episod ini membawa kisah Moon Dong-eun yang menjadi mangsa buli ketika di sekolah bangkit bagi membalas dendam terhadap pembulinya pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, wanita itu juga mula berkenalan dengan Yeo-jung yang menyimpan rahsia gelap di mana lelaki itu berjanji akan membantunya menghukum para pesalah laku itu.
Kongsi pengarah Ahn Gil-ho bagi meningkatkan jangkaan,
Dua watak ini menyimpan luka yang dalam. Walaupun apabila bersama, mereka kelihatan bahagia tetapi terdapat kesunyian yang menyelubungi mereka.
Inspirasi cerita
Menurut Kim Eun-sook, idea untuk siri pembalasan dendam ini dicipta kerana anak perempuannya bakal menghadiri sekolah menengah tak lama lagi. Ianya akan memaparkan kisah seorang wanita yang memusnahkan keganasan di sekolah. Lebih spesifik, wanita itu menekankan beban yang dibawa oleh mangsa dan pelaku.

Kredit foto: Netflix
Tambah pengarah Ahn Gil-ho,
Kisahnya terkesan buat saya. Kita mempunyai barisan pelakon yang hebat, jadi saya tidak teragak-agak untuk menerima tawaran untuk mengarahkan siri ini.
Percubaan baru Song Hye-kyo
Antara tarikan utama siri ini sudah semestinya ia dikemudi oleh pelakon kegemaran ramai iaitu Song Hye-kyo.
Jelas pelakon cantik ini, dia memilih untuk menerajui “The Glory” kerana kelainan plot dari drama melodrama yang biasa dibawanya sebelum ini.
Semasa membaca skripnya, saya merasakan bahawa ini lah yang dicari saya. Saya sentiasa menyimpan keinginan untuk watak dan kisah sebegini. Malah ianya ditulis dengan teliti dan cantik. Kalau saya berlakon dengan baik. ianya akan siri yang hebat.

Kredit foto: Netflix
Terbahagi dua
Untuk pengetahuan, drama “The Glory” dibahagikan kepada dua bahagian di mana 8 episod awal telah bersiaran kini di Netflix manakala lagi tambahan 8 episod akan ditayangkan pada Maca 2023.
Ulas pengarah Ahn Gil-ho,
Bahagian kedua akan ditayangkan sekitar Mac, sila berikan ia perhatian dan kasih sayang.
Kepelbagaian watak
Bukan sahaja Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun, “The Glory” turut dibarisi ramai pelakon hebat yang pastinya akan membuatkan penonton ‘tenggelam’ dengan plotnya.
Menariknya Lee Do-hyun khabarnya pernah menolak untuk membintangi siri ini memandangkan berasa terbeban kerana ia ditulis oleh penulis hebat Kim Eun-sook namun akhirnya dia bersetuju untuk membintanginya selepas menimbal balik pujukan penulis berkenaan.
Antara nama lain yang menjadi sebutan ramai ialah Im Ji-yeon dan Park Sung-hoon di mana mereka membuat watak antagonis, suatu percubaan yang jarang dipelawa buat mereka sepanjang aktif di dalam dunia lakonan.

Kredit foto: Netflix
Dalam pada itu, Moon Dong-eun turut akan terlibat dengan watak lain seperti suami Im Ji-yeon, lakonan Jung Il-sung dan Yeom Hye-ran iaitu orang kanan terkuat bagi melaksanakan misi membalas dendam ini.
Apa komen korang selepas menonton 8 episod awal “The Glory”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.