Ikuti Kami:

“Takut Ada ‘Spoiler'” – Lee Seunggi & Lee Seyoung Enggan Kongsi Ending Drama ‘The Law Cafe’

“Takut Ada ‘Spoiler'” – Lee Seunggi & Lee Seyoung Enggan Kongsi Ending Drama ‘The Law Cafe’

Macam mana drama “The Law Cafe” setakat ini?

Menurut laporan dari Star News baru-baru ini, produksi bagi drama “The Law Cafe” kini sudah selesai dengan sesi penggambaran mereka.

Drama ‘law-mance’ ini menggabungkan keserasian antara Kim Jung-ho, seorang bekas pendakwa raya iaitu lakonan Lee Seung-gi dan seorang penyewa rumah yang juga seorang peguam, Kim Yu-ri iaitu lakonan Lee Se-young.law cafeFokus drama sebelum ini adalah untuk membantu penonton lebih melihat kepada kisah romantik antara Kim Jung-ho dan Kim Yu-ri, namun kini ianya nyata berubah.

Pihak produksi dan juga pelakon dikatakan dilarang sama sekali untuk berbual atau menyebut mengenai penamat bagi drama itu. Dengan hanya berbaki 4 episod sahaja lagi, pihak produksi kini mula bimbang jika penamat drama ini akan tersebar. law cafeKisah percintaan yang dilakonkan oleh Lee Seung-gi dan Lee Se-young kini bakal menemui penghujungnya namun, ianya kekal menjadi teka-teki sama ada ianya akan menjadi sebuah ‘happy ending’ atau ‘sad ending’.

Korang tunggu jela episod akhir okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...