Ikuti Kami:

“Susah Bagi Saya…” – Lee Seyoung Kongsi Cabaran Bawa Watak Dalam ‘The Law Cafe’

“Susah Bagi Saya…” – Lee Seyoung Kongsi Cabaran Bawa Watak Dalam ‘The Law Cafe’

Korang tengok tak drama “The Law Cafe” yang menggandingkan Lee Seung-gi dan Lee Se-young?

Baru-baru ini, gandingan pelakon itu tampil dalam satu siaran radio KBS CoolFM, “Lee Gi-kwang’s Music Plaza”. Dalam sesi temu bual siaran radio ini, Lee Se-young sempat berkongsi mengenai kesukaran yang dihadapi untuk membawa watak tersebut.

Bagi korang yang belum tahu, “The Law Cafe” adalah sebuah drama yang mengisahkan mengenai seorang pemilik rumah sewa, Kim Jeongho lakonan Lee Seung-gi yang juga merupakan bekas pendakwa raya, manakala, Kim Yu-ri iaitu lakonan Lee Se-young merupakan seorang penyewa dan juga seorang peguam. lee seunggiApabila Lee Se-young ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi sewaktu menjalani sesi penggambaran, dia berkata,

Saya terpaksa mengubah setiap ayat pertama dan ayat terakhir saya dan penggambaran babak perlu diulang beberapa kali. Saya pula tidak terbiasa dengan terma undang-undang, jadi ianya agak sukar bagi saya.

Lee Seung-gi turut berkata,

Sewaktu saya belajar segala terma undang-undang, saya dapati ada beberapa perkataan daripada undang-undang German, jadi untuk menjelaskan semua itu dalam bahasa Korea, ianya agak susah. Ianya bertambah susah apabila ianya sangat berbeza dengan cara pertuturan biasa kita. 

the law cafeDia senyum dan menyambung,

Sebenarnya drama ini agak menarik kerana ianya mengenai undang-undang. Bila kita faham undang-undang dengan baik, kita dapat mempertahankan hak kita. Saya pula sejenis yang cepat menghafal informasi tapi akan cepat lupa juga. 

Lee Se-young juga berkata,

Saya tak memikirkan perkara sebegini pada hari biasa jadi saya asyik mengulang kesalahan dalam menyebut terma undang-undang ketika penggambaran. 

Bukan senang tau nak berlakon jadi peguam…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...