Ikuti Kami:

Rakan Dari ‘Kairos’, Lee Seyoung Sokong Ahn Bohyun Di Set ‘See You In My 19th Life’

Rakan Dari ‘Kairos’, Lee Seyoung Sokong Ahn Bohyun Di Set ‘See You In My 19th Life’

Selepas membintangi drama “Kairos”, hubungan antara Lee Se-young dan Ahn Bo-hyun nampaknya masih kekal rapat sehingga kini.

Bagi yang belum tahu, Lee Se-young dan Ahn Bo-hyun pernah muncul bersama dalam drama “Kairos” sebelum ini, iaitu sebuah siri thriller fantasi yang merentasi masa.

Terbaru pada 21 Ogos, Ahn Bo-hyun telah berkongsi foto dirinya bergambar di hadapan trak kopi, yang dihantar oleh Lee Se-young buatnya di set drama “See You In My 19th Life”.

Pelakon itu meluahkan rasa syukurnya kepada Lee Se-young dengan menulis kapsyen,

Lee Se-young adalah yang terbaik. Dia hanya yang terbaik.

lee seyoung ahn bohyun

Sepanduk pada trak kopi itu ditulis,

Saya menyokong kakitangan dan pelakon ‘See You In My 19th Life’!

Sekadar info, dalam “See You In My 19th Life”, Ahn Bo-hyun akan memegang watak utama lelaki sebagai Moon Se-ha, anak kepada seorang konglomerat yang mengalami kecacatan dan trauma selepas kemalangan kereta yang melibatkan cinta pertamanya.

Sama-sama kita nantikan tayangan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...