Ikuti Kami:

“Tak Tidur Lena Hingga Kini” – Sertai ‘Running Man’ Lambat, Yang Sechan & Jun Somin Akui Rasa Terbeban

“Tak Tidur Lena Hingga Kini” – Sertai ‘Running Man’ Lambat, Yang Sechan & Jun Somin Akui Rasa Terbeban

Bukan senang apabila anda menyertai program popular di tengah-tengah kan?

Dalam episod terbaru “Running Man”, Yang Se-chan dan Jun So-min sempat berkongsi mengenai kerisauan mereka apabila menyertai program itu pada tahun yang lalu.

Iany bermula apabila seorang penonton telah bertanya apa pegangan Yang Se-chan setiap kali penggambaran “Running Man” selepas memenangi anugerah besar pada tahun lalu.

Jawab lelaki itu dengan berjaga-jaga,

Sejujurnya, sejak awal hingga kini, saya tak pernah berasa selesa setiap hari sebelum hari penggambaran. Malah, malam semalam pun saya tak tidur lena kerana asyik memikirkan, ‘Adakah ini yang terbaik saya boleh lakukan untuk watak ini?’

sbs running man

Selit Yoo Jae-suk, meskipun sudah 5 tahun kini, namun ianya bukan sesuatu yang mudah buat Yang Se-chan dan Jun So-min pada awal penyertaan dalam “Running Man”. Terutamanya dalam situasi di mana ahli yang lain sudah bertahun melakukan program ini.

Susah untuk tetapkan kedudukan dalam ini.

Jelas Yang Se-chan lagi, dia berasa sukar apabila ramai yang mengatakan dia melakukan terbaik pada hari itu walaupun pada firasatnya dia kurang menyerlah atau kurang kelakar semasa penggambaran.

Saya tak pasti sama ada saya dah lakukan yang terbaik. Saya banyak lalui masa yang sukar secara emosi pada ketika itu.

sbs running man

Pujuk Yoo Jae-suk,

Pendapat saya, terdapat sesetengah orang yang perlukan masa untuk sesuaikan diri dalam dunia hiburan. Sama seperti saya sendiri dahulu.

Tambah Jun So-min,

Sebabkan kita ada satu sama lain, kita mampu bertahan. Mesti lebih sukar sekiranya perlu melakukannya seorang diri.

sbs running man

Yang Se-chan bersetuju dan berkata,

Saya banyak bergantung pada Jun So-min.

Semua ahli ada peranannya, betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...