Ikuti Kami:

“Tak Tertarik Langsung..” – Hyolyn SISTAR Dedah Enggan Bercinta Dengan Selebriti

“Tak Tertarik Langsung..” – Hyolyn SISTAR Dedah Enggan Bercinta Dengan Selebriti

Hyolyn telah menceritakan serba sedikit mengenai lelaki serta perkahwinan idamannya.

Pada 25 Disember, Bo-ra dan Hyolyn yang kembali sebagai SISTAR19 telah membuat kemunculan di dalam rancangan “MMTG”.

Pengacara rancangan itu Jaejae, telah mendedahkan projek terbaru mereka iaitu program temu janji di antara artis, kepada ahli SISTAR19 tersebut.

Kata pengacara tersebut,

Saya dengar kamu berdua tak suka bercinta sesama artis. Adakah ianya betul?

Hyolyn membalas,

Saya tak pernah menjalinkan hubungan dengan artis. Ianya bukan kerana kerjaya kami, tapi saya rasa tak tertarik langsung dengan lelaki yang mempunyai kerjaya yang sama seperti saya.

hyolyn mmtg

Tambahnya,

Buat masa sekarang saya tiada perancangan untuk berkahwin, tapi saya dah mula berdoa agar saya dapat jumpa lelaki yang sesuai untuk saya. Malah, saya juga sudah ada angan-angan sendiri mengenai perkahwinan idaman saya.

Tidak berhenti di situ, mereka turut berkongsi kisah percintaan mereka dan dengan sukarelanya telah menawarkan diri untuk terlibat di dalam rancangan temu janji bersama artis “MMTG” yang akan datang.

Siapa lelaki bertuah yang akan dapat Hyolyn nanti ye?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...