Utama K-Pop 11 Tahun Menanti, SISTAR19 Umum Kemunculan Semula Januari Ini

11 Tahun Menanti, SISTAR19 Umum Kemunculan Semula Januari Ini

sistar19

Kemunculan semula kumpulan lagenda wanita.

Menurut syarikat Cleb Entertainment pada 17 November, SISTAR19 bakal kembali dengan album single kedua mereka selepas 11 tahun, pada Januari 2024.

Untuk pengetahuan, SISTAR19 merupakan unit duo pertama yang diperkenalkan oleh kumpulan SISTAR. Di mana unit ini telah berjaya mendapat perhatian ramai peminat dengan lagu-lagu hit mereka “Ma Boy” yang dikeluarkan pada 2011 dan “Gone, Not Around Any Longer” pada 2013.

Gabungan hebat antara Hyolyn yang mempunyai vokal yang tinggi serta Bo-ra yang mempunyai gaya rap yang unik telah membuatkan kumpulan duo ini berjaya mencipta keserasian yang luar biasa.

sistar19 album

Malah, kemunculan semula kumpulan ini selepas 11 tahun dijangka bakal mempamerkan persona yang lebih hebat yang menggabungkan trend baharu tahun 2024.

Dalam masa yang sama, kedua-dua penyanyi tersebut juga telah berazam untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan lebih lagi daripada masa dahulu.

Segala maklumat mengenai kemunculan semula kumpulan SISTAR19 ini akan dimuat naik dari semasa ke semasa melalui akaun media sosial milik mereka.

Wah! Tak sabarnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERDaily Sports
Loading...