Ikuti Kami:

“Kami Pasti Akan..” – Hyolyn Bincang Kemungkinan Reunion SISTAR

“Kami Pasti Akan..” – Hyolyn Bincang Kemungkinan Reunion SISTAR

Bila dah tiba musim panas di Korea ni, mesti ramai yang rindu dengan lagu dari kumpulan SISTAR kan?

Terbaru, salah seorang ahli SISTAR iaitu Hyolyn telah tampil dalam program radio SBS Power FM “Cultwo Show” sebagai tetamu, bersama Teen Top dan DJ Hanhae.

Ketika sedang berborak, Hyolyn bercakap mengenai reunion Teen Top sebagai kumpulan penuh selepas 13 tahun debut,

Sungguh menakjubkan semua ahli berkumpul. Saya rasa ia akan berbeza jika saya bertemu kembali dengan ahli SISTAR.

sistar hyolyn

Mengenai kemungkinan kumpulan SISTAR akan kembali bersatu dengan muzik baru, wanita itu berkata,

Saya selalu bercakap tentang aktiviti 5 tahun saya bersama ahli SISTAR. Bagaimanapun, ahli memutuskan untuk pergi ke haluan masing-masing. Mereka memerlukan masa untuk melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan apa yang mereka mahu cuba.

Sambung Hyolyn lagi dengan meningkatkan jangkaan peminat,

Jika kami berkumpul kembali, kami pasti akan muncul di ‘Cultwo Show’.

Haa korang nak tak reunion SISTAR?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...