Ikuti Kami:

Artis Kesayangan Korea Im Youngwoong Dilapor Bercinta Dengan Soyou SISTAR, Agensi Beri Respon

Artis Kesayangan Korea Im Youngwoong Dilapor Bercinta Dengan Soyou SISTAR, Agensi Beri Respon

Kelmarin, komuniti ‘ahjumma’ (mak cik) di Korea dikejutkan dengan berita di mana penyanyi kesayangan mereka iaitu Im Young-woong mungkin sedang menjalinkan hubungan cinta kini.

Lelaki itu dan Soyou SISTAR dikatakan bercinta selepas keduanya ‘ditangkap’ di restoran yang sama di Jeju. Malah foto pengurus premis itu memuat naik gambar bersama kedua penyanyi tersebut dalam masa yang berasingan pada hari yang sama.

Apabila peminat bertanya sama ada mereka berdua datang bersama, pengurus tersebut bertindak memadam gambar Soyou dan berkata,

Mereka datang berasingan dengan kumpulan rakan berbeza.

im youngwoong soyou

Kemudian, Im Young-woong memberikan respon,

Ianya tidak benar langsung.

Balas agensi Soyou pula,

Soyou baru-baru ini ke Jeju untuk penggambaran. Laluannya tanpa sengaja berselisih dengan Im Young-woong dan dia mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan langsung.

Kalau bercinta pun, apa salahnya kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...