Ikuti Kami:

“Wahh Absnya” – Diet Berjaya! Soyou SISTAR Tayang Badan Tanpa Baju

“Wahh Absnya” – Diet Berjaya! Soyou SISTAR Tayang Badan Tanpa Baju

Siapa sahaja yang tak berbangga kalau berjaya mencapai badan idaman selepas berbulan bekerja keras bagi mendapatkannya kan?

Dalam entri terbaru Soyou SISTAR di Instagram, dia telah menayangkan badan seksi tanpa pakaian dengan kapsyen,

Tak sabar untuk musim panas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by so you (@soooo_you)

Dalam foto itu, Soyou menangkap gambar sisi dengan menutup bahagian tepi dadanya namun dapat dilihat bahagian belakang badan dan perut tanpa lemak. Usahanya bersenam dan menjaga pemakanan nampaknya membuahkan hasil bagi menyambut musim ‘berbikini’ kini.

Komen netizen,

Absnya hebat.

 

Pinggangnya lebih kecil dari lengan saya.

 

Tak sabar nak melihatnya.

 

Hot sangat Soyou.

Pada 2021, Soyou pernah didiagnos mengalami obesiti dan memulakan penggambaran dietnya. Baru-baru ini, idola itu telah berkongsi analisis InBody hingga menunjukkan pengurangan berat otot sebanyak 25.5kg dan 12kg pada berat lemaknya sekaligus membuktikan kejayaan diet ini.

Hebat ah Soyou!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...