Ikuti Kami:

Tak Terkesan Dengan Kecaman, Han Yeseul Tayang Kehidupan Bahagia Bersama Teman Lelaki Di Instagram

Tak Terkesan Dengan Kecaman, Han Yeseul Tayang Kehidupan Bahagia Bersama Teman Lelaki Di Instagram

Han Ye-seul kongsi kegembiraanya bersama perminat di media sosial.

Pelakon Han Ye-seul sebelum ini telah mendedahkan teman lelakinya iaitu Ryu Sung-jae kepada umum pada Mei 2021. Disebabkan pendedahan tersebut, terdapat banyak spekulasi buruk mengenai teman lelakinya itu tular di media sosial.

Tidak terkesan, Han Ye-seul telah menafikan semua tuduhan tersebut malah dia juga mengatakan bahawa semua itu hanyalah cerita rekaan. Dia juga tanpa segan silu telah membuat hantaran gambar makan malam mereka berdua di media sosial miliknya.

han yeseul boyfriend

Terbaru pada 1 November, Han Ye-seul sekali lagi membuat hantaran gambar teman lelakinya yang sedang duduk di atas kerusi sambil tersenyum dengan kapsyen ‘kegembiraan saya’.

Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepadanya. Mereka juga mendoakan agar hubungan pasangan itu bakal berpanjangan selamanya. Malah, komen-komen buruk yang sering dia dapat juga telah berkurangan.

Selama bertahun-tahun, Han Ye-seul telah menghadapi pelbagai dugaan mengenai hubungan percintaannya dan ianya juga membuatkan ramai kagum setelah melihat betapa dedikasinya dia kepada Ryu Sung-jae.

Nampak sepadan kan mereka berdua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...