Adakah Han Ye-seul bakal kembali di kaca televisyen peminat K-Drama tak lama lagi?
Terbaru, wanita itu dikhabarkan akan menerajui drama “The Queen Lives In Seoul” selepas 4 tahun drama terakhirnya ditayangkan iaitu “Big Issue”.
Respon agensinya,
Han Ye-seul sedang meneliti dengan positif untuk muncul dalam ‘The Queen Lives In Seoul’.
Wanita itu dilamar untuk melakonkan watak Nam Dal-la, seorang wartawan senior untuk majalah ‘Doll Ai’. Dek dikenali kerana gaya yang unik, ramai meletakkan jangkaan tinggi buat Han Ye-seul bagi membawa watak wartawan dalam majalah fesyen itu.
Adakah Han Ye-seul akan menerimanya?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉