Ikuti Kami:

“Tak Tahu Malu” – Ucapan Terima Anugerah Dikritik, Netizen Ungkit Kes Buli Hingga Mati Adik Han Hyojoo

“Tak Tahu Malu” – Ucapan Terima Anugerah Dikritik, Netizen Ungkit Kes Buli Hingga Mati Adik Han Hyojoo

Meskipun kejadian ini sudah lama berlakun namun, netizen nampaknya masih tidak dapat melupakan tentang isu yang melibatkan adik lelaki Han Hyo-joo.

Pada 15 November, Han Hyo-joo telah dinobatkan sebagai ‘Pelakon Siri Wanita Terbaik’ untuk lakonannya sebagai Lee Mi-hyun dalam “Moving”. Berikutan kemenangannya, wanita itu memberi ucapan,

Ini adalah dunia yang ‘keras’ tetapi saya harap ini akan menjadi dunia di mana segala kebaikan dan orang-orang baik boleh bahagia.

Bagaimanapun, ucapannya tersebut telah menerima kritikan dari beberapa netizen dan kembali mengungkit tentang kes buli hingga mati yang dilakukan adik Han Hyo-joo pada 2014 dahulu.

Untuk pengetahuan, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika adiknya berkhidmat di tentera udara dan berdasarkan siasatan polis, mangsa telah diberi beban kerja yang sangat berat, dihukum, dan diberikan penderaan mental dan fizikal oleh adik pelakon wanita itu.

han hyojoo

Apa yang lebih teruk, mangsa juga akhirnya telah memutuskan untuk membunuh diri kerana begitu tertekan.

Bukan itu sahaja, Han Hyo-joo juga disyaki ingin menutup segala berita buruk mengenai adiknya ini, dengan berita gembira lain.

Disebabkan kes adiknya itu, netizen Korea bengang selepas mendengar ucapan Han Hyo-joo di majlis anugerah tersebut kerana dia mengharapkan orang baik akan gembira walaupun adiknya sendiri melakukan jenayah terhadap orang lain.

han hyojoo

Antara komen yang ditulis menerusi laman komuniti dalam talian,

Memang tak tahu malu. Hanya mangsa yang terkorban merasa tidak adil di sini.

 

Adik lelaki awak yang baik hati itu telah menindas korbannya hingga mati dan menutupinya dengan kuasa ayah awak yang juga seorang tentera.

 

Walaupun drama tu bagus, bagaimana awak boleh mengatakan sesuatu seperti itu dengan mulut awak sendiri?

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...