Ikuti Kami:

Drama ‘Moving’ Berjaya, Netizen Imbas Kembali Kes Buli Hingga Mati Adik Lelaki Han Hyojoo

Drama ‘Moving’ Berjaya, Netizen Imbas Kembali Kes Buli Hingga Mati Adik Lelaki Han Hyojoo

Drama “Moving” berjaya, netizen Korea telah mengimbas kembali kontroversi yang melibatkan adik lelaki Han Hyo-joo.

Sebelum ini pada Jun 2014, adik lelaki Han Hyo-joo iaitu Han Ji-hoon telah menjadi Leftenan Pertama semasa menjalankan tugas ketenteraannya di Tentera Udara Korea dan didakwa pernah membuli seseorang di situ hingga mati.

Untuk pengetahuan, askar Persendirian Kelas Pertama Kim Ji-hoon, merupakan seorang ahli ekonomi yang bercita-cita tinggi di Universiti Korea yang berprestij dan mula berkhidmat sebagai sebahagian daripada Sayap Misi Khas ke-15. Malangnya, dia mula mengalami gangguan mental dan fizikal, kerana ‘dibuli’ oleh pembantu kanannya, Leftenan Han.

Pada 30 Jun 2013, Prebet Kim telah diarahkan oleh Leftenan Han untuk menyeterika pakaian seragam Brigedier Jeneral dan disebabkan itu dia tidak dapat menjawab panggilan penting.

han hyojoo younger brother

Pengebumian Kim Jihoon

Oleh itu, Leftenan Han telah menyalahkan Prebet Kim dan menghukumnya dengan melakukan tekan tubi sambil memakai gear penuh. Meksipun terselamat dari hukuman itu, dia akhirnya ditemui mati akibat bunuh diri pada jam 4 pagi pada 1 Julai 2013.

Menurut siasatan Polis Tentera, Leftenan Han adalah seorang yang terkenal sebagai pembuli. Namun pada September 2014, Tentera Udara mendakwa,

Walaupun Leftenan Han mengaku menghukum Prebet Kim dan menyebabkan beberapa tekanan fizikal dan mental, ia bukan dengan niat jahat dan tidak dapat disahkan sama ada penalti itu disalahgunakan.

han hyojoo

Dengan populariti Han Hyo-joo yang semakin meningkat kini berkat kejayaan drama “Moving”, orang Korea telah menyebut kembali mengenai kontroversi tersebut.

Meskipun ada yang menyalahkan wanita itu kerana tidak pernah menjelaskan bagi pihaknya namun ada juga yang menyebelahi Han Hyo-joo dan menjelaskan bahawa dia tidak seharusnya dipersalahkan atas kesalahan adiknya.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...