Ikuti Kami:

“Kita Kan Suami Isteri” – Netizen Seronok Lihat Kelakuan ‘Sweet’ Jo Insung Pada Han Hyojoo

“Kita Kan Suami Isteri” – Netizen Seronok Lihat Kelakuan ‘Sweet’ Jo Insung Pada Han Hyojoo

Di luar drama, Jo In-sung dan Han Hyo-joo tidak dinafikan mempunyai keserasian yang hebat kan?

Terbaru, program “Unexpected Business 3” telah mengeluarkan teaser baru untuk episod akan datang, menampilkan Han Hyo-joo sebagai tetamu.

Dalam video yang dikongsi, Han Hyo-joo disambut mesra oleh Jo In-sung, yang turut membantu untuk mengangkat beg tangannya.

Kemudian pada waktu makan, Han Hyo-joo terkejut apabila melihat lelaki itu memakan makanannya dari pinggan yang sama lalu berkata,

Itulah yang saya makan.

Respon Jo In-sung,

Apa masalahnya? Kita kan pasangan suami isteri.

Untuk pengetahuan, Jo In-sung dan Han Hyo-joo memainkan watak sebagai suami isteri dalam siri Disney+ “Moving”.

Mana tau mulut Jo In-sung ‘masin’ kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...